Dunia sukan permotoran (motocross) kini berkembang bak cendawan tumbuh selepas hujan. Motocross merupakan salah satu daripada sukan permotoran yang agak lasak yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Trolak / Sungkai Moto X merupakan salah satu kelab motocross yang berpusat di Selatan Negeri Perak iaitu di daerah Batang Padang. Kelab ini seringkali menyertai pertandingan-pertandingan motocross Negeri Perak dan Selangor. Wajah pelumba-pelumba kelab ini seringkali terpampang di laman web Motorsport Associaton of Malaysia (MAM). Semoga kelab ini akan sentiasa berjaya di dalam arena sukan permotoran lasak.